Sunday, 17 July 2011

GIZI DAN NUTRIEN (Bab 7)


NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN
NO.MATRIK:201101085
KHUSUS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL



JENIS-JENIS DIET 
  

Diet Karbohidrat:-

  • Diet Karbohidrat untuk menjadi sihat dan langsing adalah impian setiap orang yang ingin tampil cantik dan menarik .Apalagi seiring dengan tingkat kesibukan saat ini dan pola makan yang tidak teratur menyebabkan banyak orang yang mengalami kesulitan dalam melakukan diet karbohidrat.

Diet  Protein:-

  • Satu diet berprotein tinggi sering dicadangkan oleh ahli-ahli bina badan dan pakar-pakar pemakanan untuk membantu usaha-usaha untuk membina  otot dan hilang lemak.Ia seharusnya  tidak dikelirukan dengan diet rendah karbohidrat seperti Atkins Diet yang bukan kalori mengawal dan yang sering mengandungi bilangan lemak besar.

Kesesuaian makanan mengikut kumpulan darah:-

  1. Diet untuk darah jenis A:-
  • Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas.Individu   jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam,krim tanpa lemak,keju alami,telur dan jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas),kekacang,bijirin dan susu kacang soya .Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

     2.     Diet untuk darah jenis B:-

  • Individu darah jenis B lebih fleksibel.Mereka disarankan  menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat  yang tinggi.

    3.      Diet untuk darah jenis AB:-

  • Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut,semua jenis telur (kecuali telur itik) susu farmentasi (melalui proses penapaian),minyak zaitun,minyak kacang soya,minyak kacang tanah,kacang tanah semua jenis sayuran kecuali jagung,taugeh,cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

    4.      Diet untuk darah jenis O:-

  • Menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi,mengikut diet rendah karbohidrat  dengan  pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak,telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.Beliau juga menyarankan mereka menghadkan pengambilan buah-buahan.

Jenis-jenis bentuk  badan dan pengaruh diet ke atasnya:-

  1. Kurus:-
  • Untuk orang yang kurus,seharusnya mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi kerana ia menyumbang nilai kecil untuk pembesaran tubuh dan memberikan banyak tenaga.
      2.    Gemuk:-

  • Untuk orang yang gemuk,seharusnya mengambil makanan yang mengandungi kurang karbohidrat lebih protein dan serat supaya seseorang individu itu cepat berasa kenyang.

      3.    Obesiti:-

  • Untuk orang yang mempunyai berat badan berlebihan,seharusnya mengurangkan pengambilan lemak,karbohidrat,gula,garam,makanan yang berkolestrol tinggi dan banyakkan memakan buah-buahan dan serat.

No comments:

Post a Comment