Sunday, 17 July 2011

GIZI DAN NUTRIEN (Bab 5)







NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN
NO.MATRIK:201101085
KHUSUS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL





KEPERLUAN KALORI INDIVIDU

Keperluan Kalori

  • Keperluan kita berbeza sepanjang hayat,bergantung kepada perubahan  fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti pembesaran diperingkat kanak dan semasa mengandung dan menyusu anak,taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan.
  • Dewasa lanjut usia memerlu kurang makanan kerana aktiviti yang berkurangan dibanding dengan individu yang lebih muda dan aktif.
  • Keperluan juga bergantung kepada cara hidup,misalnya minum teh,kopi,alkohol dan merokok boleh menghapuskan beberapa nutrien dalam badan kita.
  • Memasak sayuran terlalu lama boleh menghapuskan vitamin.
  • Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori.
  • Kandungan kalori dalam makanan bergantung  kepada kandungan karbohidrat,protein,dan lemak.
  • Lemak menghasilkan  kalori terbanyak mengikut berat-9 kalori bagi setiap gram.
  • Alkohol mengeluar 7 kalori/gram.
  • Nutrien lain tidak memeri kesan kepada nilai tenaga makanan.
  • Makanan mengandungi banyak lemak tinggi kalori.
  • Makanan tinggi kandungan air seperti sayuran rendah kalori.

Imbangan kalori dan berat badan

  • Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan.
  • Sekiranya  kita mengambil lebih tenaga dari yang diperlukan,badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam  bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak (jika kelaparan berlaku,kita boleh berfungsi dengan menggunakan simpanan lemak ini.)
  • Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan,berat badan akan naik lebih 1 lb (450 gram).
  • Bersamaan ini,jika mengguna lebih tenaga dari yang dibekal,berat badan boleh dikurangkan.
  • Bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur,saiz,cara hidup (terutama senaman dll),komposisi badan dan keturunan.

Taraf pemakanan

  • Indek jisim tubuh (BMI) boleh digunakan bagi menentukan status pemakanan,sama ada kurang,normal atau lebih dan dikira daripada ukuran berat badan dan ketinggian dan dibanding dengan jadual pengkelasan.
  • BMI boleh menunjuk anggaran jumlah lemak badan.
  • Individu dalam keadaan kekurangan tenaga kronik dikatakan sebagai kurus.
  • Keadaan obesiti menggambarkan individu yang gemuk dan telah lama lebih makanan.

Berat Badan Mengikut Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index-BMI)


Pengiraan BMI= Berat Badan (kg)
                          Tinggi (m) x Tinggi (m)

Berat Badan Berada Pada Tahap Dan Kedudukan Berat Badan
  • <18.5                                                   :-kurang berat badan (kekurangan tenaga kronik)
  • 18.5-<25  
  • 25-<30                                                 :-berat badan unggul (kesesuaia)
  • 30 keatas                                              :-berat badan berlebihan/obese
(pengekelasan bagi umur 18-64 tahun).

No comments:

Post a Comment