Wednesday, 20 July 2011
Saya Sayang Geomatika International college
Saya Sayang Geomatika International College kerana di Geomatika lah tempat untuk saya memulakan pembelajaran saya..Di Geomatika saya telah memperolehi banyak ilmu dan dan pengalaman..Kemudahan pembelajaran di sini semuanya lengkap dan canggih..Selain itu Geomatika International college ini telah di iktiraf oleh kerajaan (MQA) walaupun kolej ini adalah IPTS..Semua tenaga pengajar yang ada di college ini semuanya berkaliber...Mereka sentiasa membantu pelajar yang memerlukan bantuan atau masalah di dalam pelajaran,dan mereka juga sentiasa bersungguh -sungguh untuk mendidik anak bangsa untuk berjaya pada masa akan datang...
Sunday, 17 July 2011
GIZI DAN NUTRIEN (Bab 7)
NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN
NO.MATRIK:201101085
KHUSUS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL
JENIS-JENIS DIET
Diet Karbohidrat:-
- Diet Karbohidrat untuk menjadi sihat dan langsing adalah impian setiap orang yang ingin tampil cantik dan menarik .Apalagi seiring dengan tingkat kesibukan saat ini dan pola makan yang tidak teratur menyebabkan banyak orang yang mengalami kesulitan dalam melakukan diet karbohidrat.
Diet Protein:-
- Satu diet berprotein tinggi sering dicadangkan oleh ahli-ahli bina badan dan pakar-pakar pemakanan untuk membantu usaha-usaha untuk membina otot dan hilang lemak.Ia seharusnya tidak dikelirukan dengan diet rendah karbohidrat seperti Atkins Diet yang bukan kalori mengawal dan yang sering mengandungi bilangan lemak besar.
Kesesuaian makanan mengikut kumpulan darah:-
- Diet untuk darah jenis A:-
- Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas.Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam,krim tanpa lemak,keju alami,telur dan jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas),kekacang,bijirin dan susu kacang soya .Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
2. Diet untuk darah jenis B:-
- Individu darah jenis B lebih fleksibel.Mereka disarankan menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
3. Diet untuk darah jenis AB:-
- Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut,semua jenis telur (kecuali telur itik) susu farmentasi (melalui proses penapaian),minyak zaitun,minyak kacang soya,minyak kacang tanah,kacang tanah semua jenis sayuran kecuali jagung,taugeh,cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
4. Diet untuk darah jenis O:-
- Menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi,mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak,telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.Beliau juga menyarankan mereka menghadkan pengambilan buah-buahan.
Jenis-jenis bentuk badan dan pengaruh diet ke atasnya:-
- Kurus:-
- Untuk orang yang kurus,seharusnya mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi kerana ia menyumbang nilai kecil untuk pembesaran tubuh dan memberikan banyak tenaga.
2. Gemuk:-
- Untuk orang yang gemuk,seharusnya mengambil makanan yang mengandungi kurang karbohidrat lebih protein dan serat supaya seseorang individu itu cepat berasa kenyang.
3. Obesiti:-
- Untuk orang yang mempunyai berat badan berlebihan,seharusnya mengurangkan pengambilan lemak,karbohidrat,gula,garam,makanan yang berkolestrol tinggi dan banyakkan memakan buah-buahan dan serat.
GIZI DAN NUTRIEN (Bab 6)
NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN
NO.MATRIK:201101085
KHUSUS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL
KESEIMBANGAN (POLA MENU)
- Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan.
- Perbagai jenis makanan yang diambil.
- Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras piramid yang paling bawah,manakala paling sedikit daripada puncak piramid.
- Membantu menjaminkan keseimbangan dalam pemakanan anda.
- Kersederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlampau banyak.
- Panduan piramid makanan menyarankan jumlah (atau hidangan) yang boleh dimakan setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.
IMBANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DENGAN AKTIVITI FIZIKAL
- Keperluan makanan ditentukan oleh umur,jantina,saiz badan dan aktiviti harian:-
- Keperluan makanan akan semakin kurang apabila usia meningkat.
- Lelaki amnya memerlukan lebih makanan berbading wanita.
- Seseorang yang aktif dan melakukan pekerjaan berat ia memerlukan lebih banyak kalori.
- Keperluan harian akan meningkat semasa mengandung,menyusu,pertumbesaran bayi, kanak-kanak dan remaja.
PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN
- Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga .Bijirin dan hasil bijian banyak mengandungi karbohidrat kompleks,protein,vitamin (terutama vitamin B),mineral dan sedikit lemak.
- Mengandungi serat yang boleh mencegah sembelit.
- Kekacang dan hasil kekacang seperti dhal,kacang soya,merah,hijau,tauhu,tempe,tauhu kering (fucuk) adalah sumber yang kaya dengan proteinddan serat.
MAKAN LEBIH BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
- Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,mineral,serat dan kandungan lemak yang rendah.
- Perlu ada buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap sajian/hindangan.
- Makanlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
PILIHLAH MAKANAN RENDAH LEMAK DAN KOLESTEROL
- Lemak adalah sumber tenaga padat/kalori utama.
- Pengambilan berlebihan dan paras kolestrol yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantug,stroke/angin ahmar dan obesiti.
- Jumlah pengambilan lemak dan minyak boleh meningkatkan paras kolestrol di dalam darah.Mesti bijak memilih makan-makanan rendah lemak.
- Jumlah lemak yang diambil mestilah tidak melebihi 30%daripada jumlah tenaga yang diperlukan.
SENARAI MAKANAN TINGGI DAN RENDAH LEMAK
Lemak tinggi:-
- Daging lembu,kambing,khinzir.
- Daging berlemak.
- Susu penuh krim.
- Keju,mentega,dadih.
- Lemak masakan.
- Minyak sapi,kelapa,santan.
- Burger,sosej dll.
- Krim salad,masam,mayonis.
- Masakan bergoreng.
Lemak rendah:-
- Tauhu,tempe,kekacang.
- bijirin sarapan.
- Susu rendah lemak.
- Keju rendah lemak.
- Sayuran,buahan.
- Ikan.
- Nasi,roto,mi,biji-bijian.
- Krim salad rendah lemak,jus limau,cuka.
- Makanan kukus,rebus,bakar,panggang.
KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERLEMAK
- Kurangkan makanan bergoreng.
- Hadkan pengambilannya tidak lebih 2 kali seminggu.
- Ditoskan dahulu sebelum dimakan.
- Hadkan makanan segera-ayam goreng,kentang goreng,milk shakes,burger dll.
- hadkan snekberlemak-kerepek,kek,biskut,kacang dan kuih nyonya.
SEMASA PENYEDIAAN MAKAN
- Buang kulit dan lemak pada daging/ayam sebelum masak.
- Gunakan minyak sayuran.
- Elakkan menggunakan minyak kelapa.
- Sedikit minyak : tidak melebihi 4 sudu makan sehari.
- Tukar mayonis dengan jus limau nipis.
SEMASA MEMASAK
- Rebus,bakar,panggang dan kukus daripada menggoreng.
- Gunakan susu tanpa lemak,susu skim,yogurt atau santan cair bagi mengganti santan pekat.
- Buang lemak berlebihan dari sup/masakan.
- Gunakan rempah ratus sebagai perasa.
- Goreng tanpa minyak/kuali tidak melekat/ketuhar gelombang mikro.
KURANGKAN PENGAMBILAN KOLESTEROL
- Kolesterol dihasilkan dari makanan (sumber haiwan sahaja) dan juga dikeluarkan oleh tubuh badan kita mengikut keperluan.
- Pemilihan makanan yang rendah kolesterol dan rendah lemak akan membantu merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
- Kawal pengambilan kolesterol : makan lebih banyak bijirin,bijian,buahan dan sayuran.Orang dewasa : < 300mg sehari.
PILIH MAKANAN YANG SEDERHANA KANDUNGAN GULA & GARAM
- Gula membekalkan tenaga (kalori) kosong : tenaga tanpa zat vitamin,mineral,serat dll.
- Pengambilan gula berlebihan : obesiti dan kerosakan gigi.
- Garam diperlukan oleh semua.Pengambilan berlebihan ada hubung kait dengan darah tinggi,penyakit jantung dan stroke (angin ahmar).
CARA MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA DAN GARAM DALAM MAKANAN
Kurangkan (elakkan) mengambil:-
- Makanan segera dan telah di proses : makanan tin,burger dll.
- Jeruk dan tinggi kandungan garam : ikan,telur masin,jeruk sayuran &buahan.
- Makanan ringan yang tinggi monosodium glutamat (MSG),gula dan garam.
- Perisakan makanan/masakan dengan perasa semulajadi : rempah ratus,herba dan jus.
MINUM AIR DENGAN BANYAK
Air penting:-
- Tindak balas kimia dalam tubuh.
- Kawal/kekalkan suhu badan.
- Proses pembuangan sisa.
- Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari.
- Kurangkan pengambilan minuman manis dan berkarbonat.
MAKAN MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT
Makanan dan air sangat penting untuk kehidupan tetapi ia juga membawa kuman penyakit dan juga bahan kimia/racun kimia.
- Sayuran/buahan : racun serangga & rumpai.
- Ikan/makanan laut : formaldehyde.
- Ayam : nitrofuran.
- Daging : beta blocker.
HIDANGAN MAKANAN MENGIKUT WAKTU
- Rancang waktu makan mengikut masa biasa : utamakan sarappan pagi,makan tengahari & makan malam.
- Jika ambil makanan ringan/snek : 2 jam sebelum waktu makan utama.
- Sajian makanan mengikut saiz hidangan mengikut keperluan : elak pengambilan berlebihan.
- Elakkan:-
- Makan mengikut selera tanpa pertimbangan masa.
- Makan hampir waktu tidur.
GIZI DAN NUTRIEN (Bab 5)
NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN
NO.MATRIK:201101085
KHUSUS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL
KEPERLUAN KALORI INDIVIDU
Keperluan Kalori
- Keperluan kita berbeza sepanjang hayat,bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti pembesaran diperingkat kanak dan semasa mengandung dan menyusu anak,taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan.
- Dewasa lanjut usia memerlu kurang makanan kerana aktiviti yang berkurangan dibanding dengan individu yang lebih muda dan aktif.
- Keperluan juga bergantung kepada cara hidup,misalnya minum teh,kopi,alkohol dan merokok boleh menghapuskan beberapa nutrien dalam badan kita.
- Memasak sayuran terlalu lama boleh menghapuskan vitamin.
- Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori.
- Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat,protein,dan lemak.
- Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat-9 kalori bagi setiap gram.
- Alkohol mengeluar 7 kalori/gram.
- Nutrien lain tidak memeri kesan kepada nilai tenaga makanan.
- Makanan mengandungi banyak lemak tinggi kalori.
- Makanan tinggi kandungan air seperti sayuran rendah kalori.
Imbangan kalori dan berat badan
- Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan.
- Sekiranya kita mengambil lebih tenaga dari yang diperlukan,badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak (jika kelaparan berlaku,kita boleh berfungsi dengan menggunakan simpanan lemak ini.)
- Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan,berat badan akan naik lebih 1 lb (450 gram).
- Bersamaan ini,jika mengguna lebih tenaga dari yang dibekal,berat badan boleh dikurangkan.
- Bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur,saiz,cara hidup (terutama senaman dll),komposisi badan dan keturunan.
Taraf pemakanan
- Indek jisim tubuh (BMI) boleh digunakan bagi menentukan status pemakanan,sama ada kurang,normal atau lebih dan dikira daripada ukuran berat badan dan ketinggian dan dibanding dengan jadual pengkelasan.
- BMI boleh menunjuk anggaran jumlah lemak badan.
- Individu dalam keadaan kekurangan tenaga kronik dikatakan sebagai kurus.
- Keadaan obesiti menggambarkan individu yang gemuk dan telah lama lebih makanan.
Berat Badan Mengikut Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index-BMI)
Pengiraan BMI= Berat Badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
Berat Badan Berada Pada Tahap Dan Kedudukan Berat Badan
- <18.5 :-kurang berat badan (kekurangan tenaga kronik)
- 18.5-<25
- 25-<30 :-berat badan unggul (kesesuaia)
- 30 keatas :-berat badan berlebihan/obese
(pengekelasan bagi umur 18-64 tahun).
Friday, 1 July 2011
GIZI DAN NUTRIEN (Bab 4)
NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN
NO.MATRIK:201101085
NO.IC:
KHUSUS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL
KEPERLUAN DIET SESEORANG INDIVIDU
Amalan makanan dan pemakanan yang sihat
- Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan mempunyai semua nutrient yang penting untuk badan agar segala fungsi badan dapat berjalan dengan lancar dan seimbang.
- Diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat makanan dan menjaminkan kesihatan.
- Ini adalah kerana diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan fungsi badan terganggu dan menyebabkan pelbagai penyakit antaranya ialah malnutrisi.
Kepentingan pemakanan kepada kesihatan disemua peringkat umur
- Diet sihat membantu tumbesaran kanak-kanak.
- Makanan memboleh manusia bekerja secara produktif dan merasa selesa.
- Pilihan makanan membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung,sebahagian kanser,penyakit kencing manis,strok dan osteoporosis (reput tulang).
- Diet sihat boleh mengurang faktor risiko utama untuk penyakit kronik-faktor seperti kegemukan,tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah.
Piramid makanan
Aras 1:Lemak,Minyak,Gula Dan Garam
- Ambil sedikit-untuk kesihatan dan menyedapkan rasa
- Terdapat dalam pelbagai masakan/makanan
- Sumber haiwan (terdapat kolesterol) dan tumbuhan
- Lemaksemula jadi :minyak,mentega,majerin,minyak sapi,santan dll
- Lemak tersembunyi :karipap,kek,daging berlemak,kulit ayam dan makanan bergoreng,ais krim dll
- Lemak (pepejal)/minyak (cecair) :kalori/tenaga padat (9 kalori/gm)
- Nama lain :lelemak,lemak beku,dripping,hydrogenated fat,trans-fatty acid,cis-fatty acid,shortening,suet,marbling,cream,tallow,lard dll
- Kandungan zat makanan :asid lemak,vitamin A,D,E,K
- Makan berlebihan :akibatkan kegemukan (obesiti)
- Peningkatan kolesterol ada hubung kait dengan darah tinggi,diabetis,kanser dan sakit jantung.
Aras 2 :Hasil,Tenusu,Telor,Daging,Ayam,Ikan,Dan Kekacang
- Makanan sederhana (1-2 dan 2-3 sajian sehari)
- Susu segar,keju,tairu/dadih/yogurt
- Kandungan zat makanan :protein,lemak,vitamin,mineral (terutama kalsium)
- Penting terutama bagi kanak-kanak dan tua
2.Telor,daging,ayam,ikan dan kekacang
- Sumber protein utama
- Kandungan zat makanan
- Telor,daging,ayam,ikan :asid amino-protein,lemak tepu,vitamin,mineral (terutama besi),zink,magnesium dan kolesterol.
- Kekacang (kacang dhal,tanah,gajus,pistachio,hijau,soya,merah dll) :asid amino-protein,lemak tak tepu ,mineral,vitamin (terutama vit)
Aras 3 :Sayuran-sayuran Dan Buah-buahan
- Makan banyak (5 sajian sehari)
- Impot/tempatan termasuk salad dan ulam-ulaman pencuci mulut dan jus sumber utama :vitamin (vit,A,C),mineral dan serat/fiber/gentian tiada kolesterol dan sedikit lemak serat/fiber/gentian.
- 2 jenis :insoluble/kasar :serat sayuran,buahan,bijian,bijirin,ubian,soluble/halus :jus buahan dan sayuran.
- Kepentingan :lambatkan kadar penghadaman makanan kepada glukos dan glukos ke dalam darah.
- Dapat memberikan kesan mengenyangkan dan mencegah sembelit.
Aras 4 :Bijian,Hasil Bijirin Dan Ubi-ubian
- Makan lebih banyak (8-12 sajian sehari).
- Sumber karbohidrat kompleks utama
- Tenaga/kalorikan kandungan zat makanan :karbohidrat,vitamin,protein,mineral dan serat nasi,mee,beehoon,roti,pasta,bijirin,bubur,jagung,capati,bisubi kayu,keledek,keladi,kentang dan pelbagai jenis dan pilih yang berserat tinggi .
- Bijian penuh nisbah :separuh dari hidangan.
FUNGSI SERAT DALAM DIET
- Kita semua tahu betapa penting menjaga kesihatan usus.
- Penghadaman makanan,penyerapan zat makanan dan proses lain dalam tubuh badan bergantung kepada saluran penghadaman sihat.
- Pada tahun 80an,Sylvester W.Graham menjadi termasyur kerana mengesyorkan pengambilan makanan pelawas untuk menjaga kesihatan usus.
- Namun,hampir seabad kemudian,iaitu pada tahun 60an barulah pakar sains mula menyelidik secara serius mengenai tugas serat dalam kesihatan.
- Kesedaran awam mengenai serat makanan semakin meningkat,setelah lebih banyak kajian dijalankan,mengaitkannya dengan risiko lebih rendah mendapat penyakit jantung koronari.
- Pemakanan yang mengandungi banyak serat makanan mengurangkan risiko penyakit dengan memperbanyak najis,mengurangkan masa transit makanan melalui saluran gastrousus,mengurangkan tahap kolesterol darah dan membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah.
PEMAKANAN SEMASA HAMIL
- Pengambilan makanan yang seimbang semasa mengandung adalah sangat penting supaya ibu yang mengandung mendapat semua zat makanan yang diperlukannya.
- Lebih penting lagi,ia akan mempengaruhi kesihatan bayi di samping kesihatan ibu mengandung itu sendiri.
Makanan utama
- Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.
- Makanan ini adalah daripada jenis makanan yang mengandungi karbohidrat (kanji) yang tinggi.
- Makan-makanan lain yang mengandungi kanji yang tinggi adalah mee,roti.
- Makanan ini memberikan sumber tenaga utama kepada kita.
- Sebahagian besar makanan harian kita perlu mengandungi makanan dari kumpulan ini.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat memberikan banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.
- Antara vitamin yang penting ialah beta karotena (membentuk vitamin A di dalam badan bila diperlukan)vitamin B,C dan E.
- Mineral yang boleh didapati dari sayur-sayuran dan buah-buahan ialah kalsium dan magnesium.
- Sayur-sayuran yang diambil hendaklah dipelbagaikan.
- Sayur-sayuran yang hijau sebagai contoh kangkung dan bayam membekalkan zat besi yang banyak untuk tubuh badan.
- Sayur-sayuran ini dimasak pastikan ia tidak dimasak terlalu lama kerana ia akan kehilangan zat-zatnya.
- Buah-buahan pula banyak membekalkan vitamin C.
- Selain daripada baik untuk imuniti badan,vitamin C juga mempunyai pelbagai kegunaan lain.
- Zat-zat dan vitamin -vitamin yang dibekalkan oleh sayur-sayuran dan buah-buahan ini,ia juga membekalkan serat yang tinggi untuk sistem pencernaan usus yang baik.
- Wanita mengandung sering mengalami masalah buasir.
- Serat yang terdapat dalam pemakanan ini boleh membantu melembutkan najis melalui proses osmosis dan ini membantu mengurangkan kejadian buasir.
Hasil tenusu
- Hasil tenusu seperti susu segar,keju dsb adalah sumber kalsium yang penting.
- Membekalkan zat-zat lain seperti protein,vitamin A dan Vitamin D.
- Bagi ingin menjaga berat badannya pengambilan susu yang rendah lemak bolehlah diamalkan.
Daging dan protein
- Daging adalah sumber utama protein untuk badan kita.
- Membekalkan vitamin B dan mineral seperti zat besi (terutamanya daging merah (red meat) seperti daging lembu dan kambing).
- Selalunya daging haiwan mengandungi lemak yang tinggi.
- Pastikan anda membuang lemak-lemak pada daging seperti kulit ayam dan lain-lain lagi.
- Sekiranya anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi atau masalah gout,anda juga perlu berhati-hati dengan pengambilan daging yang banyak.
- Selain daripada daging,hasil dari tumbuhan seperti kekacang juga mengandungi protein yang tinggi.
- Hasil tumbuhan tidak mengandungi kolesterol tetapi ia tetap mengandungi lemak.
- Kandungan lemak di dalam sumber protein daripada tumbuhan tidaklah setinggi lemak daripada sumber haiwan.
Lemak
- Makanan yang mengandungi lemak perlulah diambil secara minimum yang boleh.
- Makanan jenis ini seperti minyak dsb sebenarnya bermanfaat juga kerana ia membekalkan vitamin-vitamin A,D,E dan juga vitamin k dikenali sebagai vitamin larut lemak (fat-soluble vitamins).
Makanan-makanan lain
- Makanan lain seperti gula,garam dan perasa makanan boleh diambil oleh wanita mengandung dalam kuantiti yang minimum.
- Wanita yang mengalami penyakit-penyakit tertentu seperti darah tinggi dan kencing manis perlu menjaga pemakanan mereka dengan baik.
- Sesetangah wanita yang mengandung boleh mengalami peningkatan sementara tekanan darah dan gula dalam darah (kencing manis).
- Pengambilan air hendaklah ditingkatkan sekiranya boleh.
- Adalah disyorkan bahawa wanita mengandung meminum air sehingga 8 gelas biasa sehari.
PIRAMID MAKANAN
- Piramid makanan memberikan idea banyak mana makanan yang perlu diambil oleh seseorang individu secara optimum.
- Sebuah piramid,makanan yang diletakkan dalam kumpulan atas sekali perlu diambil paling sedikit manakala yang di bawah paling banyak.
- Wanita yang mengandung dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa kerana proses penghadaman makanan didapati lebih perlahan semasa tempoh ini.
- Dibahagian tapak piramid ini ialah nasi dan makanan berkanji yang lain.
- Hidangan yang disyorkan ialah 5 hidangan sehari.
- Ini bolehlah ditafsirkan sebagai :-
- 5 mangkuk nasi sehari atau
- 5 keping roti atau
- 5 mangkuk bijiran sehari
- Ditingkat 1 piramid ini ialah sayur-sayuran dan buah-buahan
- Hidangan yang disyorkan juga ialah 5 hidangan sehari :-
- 5 biji epal sehari atau
- 5 cawan jus buah-buahan sehari
- 5 biji kentang sederhana sehari
- Ditingkat 2 piramid ini ialah hasil tenusu dan daging (protein).
- Hidangan yang disyorkan ialah 2-4 hidangan sehari bergantung kepada individu :-
- 2-4 gelas susu sehari atau
- 2 keping daging ikan saiz sederhana sehari.
- Ditingkat 3 piramid ini ialah makanan lain termasuk makanan berlemak.
- Ia perlu diambil pada tahap minimum (1-2 hidangan sehari).
- Ini bolehlah ditafsirkan sebagai :-
- 1-2 camca besar minyak masak/majerin/mentega sehari.
DIET SEIMBANG
- Diet seimbang yang mengandungi kesemua tujuh kategori makanan yang membekalkan nutrien seperti protien,karbohidrat,lemak,vitamin,dan garam mineral serta air dan pelawasan dalam kadar yang mencukupi dan mengikut keperluan badan.Piramid makanan yang dibahagikan kepada empat aras makanan digunakan sebagai panduan untuk menentukan pengambilan diet seimbang.
- Piramid makanan diatas menunjukkan pembahagian makanan mengikut saiz hidangan.Aras 1,iaitu aras paling bawah merupakan kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan dapat membekalkan tenaga.Contoh makanan dalam kumpulan ini ialah nasi,bubur,mi,mihun,roti,pasta,bijirin,dan ubi-ubian.Makanan dalam kumpulan ini perlu diambilpaling banyak iaitu antara 8 hingga 12 hidangan sehari.Saiz hidangan yang baik bagi setiap satu sajian bijirin,hasil bijirin dan ubi-ubian adalah seperti yang berikut:
-1 keping roti wholemeal
-1/2 cawan nasi
-1/2 cawan mihun/mi/pasta
-1/2 keping capati bersiz kecil
-1 cawan bubur nasi kosongan
-1/2 cawan bijirin sarapan
-1 biji kentang bersaiz sederhana
-3 kepingan biskut tawar kosong
Aras 2 piramid makanan pula mengandungi kumpulan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat ,vitamin,dan mineral.Makanan dalam kumpulan ini hendakalah dimakan dengan banyak sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari.Saiz hidangan yang baik bagi setiap satu sajian sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti yang berikut:
-1/2 cawan sayur berdaun hijau bersama-sama batangnya(dimasak)
-1/2 cawan sayuran seperti terung dan tomato(dimasak)
-1/2 biji jambu bersaiz serdahana
-1 biji oren ,pear atau epal bersaiz serdahana
-1biji pisang bersaiz serdahana
-1 hiris betik,nanas atau tembikai
Aras3 piramid makanan merupakan kumpulan makanan yang perlu dimakan dengan sederhana.Terdapat 2 kategori dalam aras.Kumpulan pertama merupakan makanan yang membekalkan protien,vitamin B,zat besi,zink,dan magnesium seperti daging,ayam,ikan,dan kekacang hendaklah dimakan antara 2-3 hidangan sehari.Kumpulan kedua pula ialah hasil tenusu seperti keju dan dadih yang membekalkan protien dan kalsium yang diperkaya dengan vitamin D dan perlu dimakan antara 1-2 hidangan sehari.Saiz hidangan sehari yang baik bagi setiap satu hidangan daging,ayam,ikan,kekacang dan hasil tenusu adalah seperti yang berikut:
-1 ketul paha ayam bersaiz sederhana
-1ekor ikan kembung bersaiz sederhana
-2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
-5 sudu ikan bilis tanpa kepala
-2 biji telur bersaiz sederhana
-2 keping tempe
-4 sudu makan mentega kacang
-1 cawan kekacang kering
-8 sudu udang kecil tanpa kulit
Aras4 iaitu lemak,minyak dan gula menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.
Setiap kumpulan makanan dalam piramid tersebut membekalkan nutrien yang berbeza dan diperlukan oleh tubuh.Oleh itu,bagi mendapatkan diet seimbang,tubuh memerlukan makanan daripada semua kumpulan dalam piramid tersebut dalam kuantiti tertentu bagi menjamin kesihatan yang baik.
NUTRIEN
- Makanan yang kita makan dapat mebekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan seperti protein,karbohidrat,lemak,vitamin dan garam mineral.
- Nutrien ini membekalkan tenaga,membantu pertumbuhan dan menggantikan tisu yang rosak serta mengekalkan kesihatan badan.
Protein,karbohidrat dan lemak
- Makanan yang berzat dan seimbang penting untuk memilihara kesihatan fizikal dan mental setiap orang.
- Bahan-bahan makanan ini dapat membekalkan protein,karbohidrat dan lemak yang diperlukan untuk membina tubuh dan dapat membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Fungsi dan sumber nutrien
- Protein
- Fungsi :- menbina sel-sel baru , memperbaiki dan menggantikan sel-sel yang rosak ,membina sel badan,enzim,mukus,hemoglobin,antibodi dan hormon.
- Sumber :- daging,ikan,susu,telor,kekacang.
2. Karbohidrat
- Fungsi :-membekalkan tenaga ,membantu metabolisme lemak.
- Sumber :-Bijiran,kentang,roti,gula-gula,kek dan biskut.
3. Lemak
- Fungsi :-Memberikan tenaga dan haba,membantu penyerapan vitamin,menebat haba,melindungi organ.
- Sumber:- Daging berlemak,kulit ayam,makanan bergoreng,coklat,pastri,susu penuh krim.
Vitamin
- Kekurangan vitamin dalam badan akan mengakibatkan beberapa masalah seperti kekurangan daya tahan atau antibodi.
- Ini menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit.
Fungsi dan sumber
Vitamin A (Retinol)
- Fungsi : membantu penglihatan yang baik,membantu pertumbuhan,mengekalkan kesihatan lapisan luar tisu dan organ,meningkatkan kesihatan kulit,rambut,gigi dan gusi dan mengawal fungsi kelenjar minyak dan pengeluaran sebum.
- Sumber : minyak ikan,ikan berlemak,sayur-sayuran hijau dan kuning dan buah-buahan merrah dan kuning.
Vitamin B1 (Tiamina)
- Fungsi : memelihara kesihatan saraf,membantu pertumbuhan dan membantu pencernaan karbohidrat.
- Sumber : bijirin : contoh gandum,oat.Yis
Vitamin B2 (Riboflavin)
- Fungsi : memelihara kesihatan saraf,membantu sistem pembiakan,memelihara kesihatan kulit,rambut dan kuku,membantu metabolisme karbohidrat,lemak,dan protein.
- Sumber : yis,hati,telur,ikan,susu dan keju,sayur berdaun hijau.
Vitamin B3 (Niasin)
- Fungsi : memelihara kesihatan saraf,kulit dan usus,menggalakkan peredaran darah.
- Sumber : yis,hati,ikan tuna,bijirin,telur,susu
Vitamin C (Askorbik)
- Fungsi : penting sebagai antioksidan,memelihara kesihatan salur darah dan gusi,meningkatkan ketahanan terhadap penyakit,mengelakkan anemia dan pendarahan gusi,membantu membina kolagen dan melambatkan proses penuaan kulit.
- Sumber : buah-buahan segar seperti jambu,oren,dan limau.Sayu-sayuran seperti tomato,cili benggala hijau.
Vitamin D (Kalsiferol)
- Fungsi : menbantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
- Sumber : minyak ikan kod,telur,marjerin dan mentega.
Vitamin E (Tokoferol)
- Fungsi : bertindak sebagai antioksidan,menggalakkan peredaran darah yang baik,mengelakkan kulit kering dan berkedut.
- Sumber : biji-bijian,biji bunga matahari,kekacang,Germa gandum.
GARAM MINERAL
- Garam mineral dapat membantu menguatkan tulang dan gigi serta baik untuk fungsi saraf dan otot.
- Fungsi ,sumber dan penyakit yang disebabkan oleh kekurangan garam mineral.
Fungsi,Sumber Dan Penyakit
Kalsium
- Fungsi : Membina tulang dan gigi yang kuat,penting untuk pengecutan otot,diperlukan untuk pembekuan darah.
- Sumber : susu dan keju,ikan bilis,bijirin,kubis.
- Penyakit : Riket pada kanak-kanak,kekejangan otot.
Fosforus
- Fungsi : membina tulang dan gigi yang kuat,diperlukan dalam kandungan sel.
- Sumber : susu dan keju,ikan,bijirin,daging,telur.
- Penyakit : tulang dan gigi rapuh,kurang bertenaga.
Ferum
- Fungsi : membentuk sel darah merah,membantu pencernaan karbohidrat.
- Sumber : hati,telur,kekacang,sayuran hijau.
- Penyakit : Anemia
Magnesium
- Fungsi : membina tulang,membantu fungsi otot dan saraf.
- Sumber : sayuran hijau,bijirin,daging,susu.
- Penyakit : fungsi otot dan saraf terjejas.
AIR
- Air penting untuk membantu kesihatan dan kecantikan kulit.
- Kira-kira 70% daripada berat badan disebabkan oleh air.
- Ar juga merupakan kandungan utama darah dan bendalir tisu.
- Faktor ini menyebabkan badan memerlukan 2 liter air sehari untuk menggantikan air yang hilang melalui kencing dan peluh.
- Sumber air boleh diperoleh daripada air minuman,susu,sup dan buah-buahan.
- Air mempunyai beberapa fungsi penting dalam badan.
- Antara fungsi tersebut adalah seperti yang berikut:-
- Membantu mengawal suhu badan.
- Membantu proses perkumuhan.
- Membawa makanan dalam darah.
- Melarutkan bahan kimia dalam badan.
PELAWAS
- Pelawas adalah gentian yang terdapat dalam sayur-sayuran,buah-buahan dan bijirin.
- Pelawas tidak mengandungi nutrien dan tidak dicernakan oleh salur alimentari.
- Pelawas adalah penting kerana dapat membantu laluan makanan dalam usus.
- Kekurangan pelawas dalam diet seseorang akan menyebabkan terjadinya masalah sembelit yang meninggikan lagi risiko penyakit kolon.
GIZI DAN NUTRIEN (Bab 3)
NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN
NO MATRIK:201101085
NO.IC:
KHUSUS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL
METABOLISMA
- Metabolisma ialah modifikasi bahan kimia didalam organisma hidup dan sel.ini termasuklah anabolisma dan katabolisma.tindakbalas metabolisma biasanya melibatkan banyak tindakbalas berenzim yang dikenakli metabolic pathyway.tanpa tindak balas metabolisma kita tidak mampu untuk menjalankan fungsi-fungsi hidup.
GENERAL METABOLIC PATHWAY
- Metabolisma karbohidrat
- Metabolisma asid lemak
- Metabolisma asid nuklien
KATABOLISMA
- Tindakbalas pemecahan molekul komplek kepada bentuk yang ringkas.
- Respirasi sel-metabolic pathway yang menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP dan NADPH daripada molekul fuel.tindakbalas ini juga melibatkan pencernaan makanan.
- Katabolisma karbohidrat
=Glycogenolysis-menghasilkan glukosa daripada glikogen
=Glycolysis-merupakan tindakbalas penukaran atau pemecahan glukosa tanpa oksigen kepada pyruvate dan ATP
=Pentose phosphane pathway(hexose monophosphate shunt)menghasilkan NADPH daripada glukosa.
- Katabolisma protien-hidrolisis protien kepada asid amino.
2.Respirasi aerobik
- Electron transfer chain
- Oxidative phosphorylation
3. Respirasi anaerobik
- Cori cycle
- Lactic acid fermentation
- Ethanol fermentation
ANABOLISMA
- Tindakbalas metabolisma yang menghasilkan atau membina molekul yang besar daripada prekursor yang ringkas.
- Glycogenesis
- Gluconeogenesis
- Poryphyrin synthesis pathway
- Photosynthesis
- Katabolisma dan anabolisma adalah satu proses atau tindakbalas yang sering berhubungkait diantara satu sama lain.
GIZI DAN NUTRIEN (Bab 2)
NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN
NO MATRIK:201101085
NO IC:
KHUSUS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL
JENIS-JENIS NUTRIEN
Karbohidrat
- Karbohidrat adalah salah satu nutrient yang penting kepada tubuh terutamanya dalam membekalkan tenaga.karbohidrat mempunyai tiga jenis gula ringkas yang boleh memberikan tenaga sementara iaitu monoksakarida,disakarida,dan polisakarida.manakala karbohidrat komplek boleh diperolehi dalam bentuk yang lebih besar seperti kanji,dan serat.Tubuh mendapatkan tenaga daripada sumber karbohidrat ini untuk menjalankan fungsinya.Karbohidrat komplek ini akan disimpan didalam tubuh manusia sebagai glikogen.
Fungsi Utama Karbohidrat:-
- Membekalkan tenaga menjalankan aktiviti kehidupan.
- Membekalkan tenaga haba untuk mengekalkan suhu badan manusia pada 36.9
- Merupakan makanan sipanan dalam haiwan.Karbohaidrat dikelaskan kepada monosakarida,disakarida,dan polisakarida.
- Contoh monosakarida:glukosa,fruktosa,dan galaktosa.Disakarida juga dikenali sebagai gula kompleks.
- Contoh polisakarida:kanji,glikogen,selulosa.

- Fungsi terdiri daripada unsur karbon,hidrogen dan nitrogen.Sesetengah protien juga mengandungi sulfur dan fosforus.Unit asas molekul protien ialah asid amino.Protien terbahagi kepada dua,kelas petama adalah protien haiwan contoh sumber daging,ikan,telur,dan susu.protien kelas kedua ialah protien tumbuhan tidak mempunyai asid amino contohnya kekacang dan bijirin.
Fungsi Utama Protein
- Membina sel-sel baru
- Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
- Membina enzim dan hormone
- Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak
Lemak
- Lemak adalah sebatian yang terdiri daripada unsur karbon,oksigen dan hidrogen.
- Unit-unit asas yang membentukkan lemak dan minyak ialah gliserol dan asid-asid lemak.
- Lemak terbahagi kepada 2 jenis iaitu lemak tepu dan tidak tepu.
- Lemak tepu menangandungi asid lemak dengan bilangan atom,hidrogen yang maksimun tanpa sebarang ikatan ganda 2.
- Contoh sumber lemak haiwan,mentega dan mintak kelapa.
Fungsi Utama Lemak
- Sumber tenaga yang kaya.
- Membekalkan tenaga haba untuk mengekalkan suhu badan.
- Pelarut bagi vitamin-vitamin yang larut lemak iaitu A,D,E dan K.

Garam Mineral
- Garam mineral ialah bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.
- Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium,fosforus,besi,iodin,natrium dan fluorim.

Vitamin
- Vitamin ialah bahan organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan dan melindungi badan daripada jangkitan penyakit.
- Semua vitamin adalah terdiri daripada sebatian karbon dan hidrogen,biasanya oksigen dan kadang kala nitrogen.
- Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut air,misalnya B dan C.
- Vitamin larut lemak,misalnya A,D,E dan K.

Air
- Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh badan anda,termasuklah penghadaman,penyerapan,dan pengangkutan zat,perkumuhan,pengawalan,suhu badan,dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.
- Tubuh akan kehilangan air sebanyak 11/2 hingga 21/2 sehari melalui air kencing dan sebagainya.
- Jangan tunggu sampai derhaga baru untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan.
- Minum 6 hingga 8 gelas setiap hari.cecair didapati daripada minuman,sayur-sayuran,buah-buahan dan sebagainya.

Serat
- Serat adalah bahan yang berasal dari se-sel tumbuhan yang tidak dapat dihadamkan atau hanya boleh dihadamkan sebahagian sahaja oleh manusia.serat membantu menghantar makanan menerusi usus dan mengeluarkan nya dari badan disamping mengekalkan sakuran penghadaman yang sihat.
- Makanan yang kaya dengan serat sangat penting untuk menangani masalah paras kolestrol yang tinggi dan mencegah sesetengah jenis kanser.
- Makan jenis ini juga dishorkan mengurang risiko beberapa masalah atau penyakit kronik seperti diabetis,penyakit jantung dan kegemukan(obesiti).

GIZI DAN NUTRIEN (Bab 1)
NAMA:NOR HEDAYAH BINTI KAMARUDIN.
NO MATRIK:201101085
NO IC :
KHUSUS :DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL
DEFINISI NUTRIEN
- Definisi Nutrien ialah zat makanan yang mengandungi pada setiap kelas makanan yang boleh membekalkan tenaga untuk menggalakkan tumbesaran,membaiki tisu-tisu dan menjana metabolisma.
- Terdapat 7 nutrien iaitu karbohidrat,protein,lemak,vitamin,garam mineral,air dan pelawas.
- Makanan mengandungi tenaga,zat makanan(nutrien) dan komponen lain yang memberikan kesan kepada kesihatan.
- Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak di makan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.
- Zat makanan boleh diperolehi dari buah-buahan,sayur-sayuran,daging,susu,bijiran dan lain-lain.
NUTRIEN DAN KECANTIKAN
- Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien untuk membesar,bergerak,bermain berfikir dan belajar.
- Keperluan nutrien dan kalori setiap individu adalah berbeza mengikut faktor umur dan paras aktiviti fizikal mereka.
- Kalori adalah tenaga yang membekalkan setiap jenis makanan.
- Kalori boleh didapati dalam setiap kelas makanan iaitu dalam karbohidrat,lemak,vitamin,protein,serat dan air.
- Setiap orang memerlukan kalori yang cukup untuk membekalkan tenaga,belajar dan sebagainya.
- Keperluan kalori dan nutrien bergantung pada peringkat umur dan tahap aktiviti fizikal.
- contohnya:-
- Kanak-kanak yang sedang membesar tenaga wanita dan lelaki memerlukan kalori yang berbeza dengan golongan warga emas kerana mereka tidak banyak melakukan aktiviti dan mereka juga akan kehilangan selera makan.
- Kanak-kanak remaja dan wanita pada peringkat reproduktif perlu memakan-makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi.Contohnya daging,ayam,sayur-sayuran,buah-buahan dan sebagainya.
- Pemakanan atau zat yang terdapat daripada makanan boleh mempengaruhi fungsi otak dan kecerdasan otak seseorang.
- Dalam erti kata lain,otak kita boleh berfungsi dengan menggunakan sumber protien,asid amino,lemak,karbohidrat,vitamin dan garam galian yang diperoleh daripada makanan yang dimakan.
- Ia bertujuan unyuk melibatkan pengambilan pemakanan untuk pencegahan dari penyakit dan merawat keadaan,biasa digunakan oleh pakar-pakar nutrisi dan doktor.
- Kekurangan vitamin dalam badan boleh mengakibatkan kekurangan daya tahan atau antibody,ia boleh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit atau mudah untuk dijangkiti penyakit.
KEPENTINGAN DALAM BIDANG KECANTIKAN
- Nutrien atau zat makanan seimbang penting untuk kesihatan dan kecantikan untuk memiliki tubuh badan menawan,haruslah mengambil kira aspek pemakanan yang sesuai dengan keperluan tubuh badan.
- Untuk membekalkan tenaga dan kulit yang cantik perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Air berperanan sebagai pelawas dan melancarkan perkumuhan,vitamin C dan vitamin E diperlukan oleh kulit untuk membentuk kulit yang cantik dan berseri.
- Ia bertindak sebagai anti oksida dan anti penuaan.
PELUANG PEKERJAAN DALAM BIDANG KECANTIKAN DAN KESIHATAN
- Beauty Therapist
- Beauty Consultant
- food Consultant
PUSAT KECANTIKAN DAN KESIHATAN



Subscribe to:
Posts (Atom)
